
Sulit
5 tahun
Operation Appendix Period Tak Turun
assalammualaikum doktor…sy haritu ad operations pd 6hb kmudian pd hjg blnnya sy period tp bln seterusnya period sy xturun…knp ya??ptotkah sy ambil pil turun period?adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid tidak tiba ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Tekanan dari pembedahan - pembedahan menyebabkan hormon stres lebih banyak dihasilkan badan dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan kitaran hormon haid
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari - boleh terjadi selepas pembedahan juga
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat tanpa mengetahui puncanya terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.