
Anonymous
5 tahun
Opk Kembali Positif
Saya wanita berusia awal 20an dan sudah 2 tahun berkahwin. Saya ada melakukan opk dan saya dapati opk saya positif pada CD16 . Cycle period saya biasanya 32hari. Pada DPO 9 , opk saya kembali positif dan DPO 10 pun opk saya masih lagi positif. Lalu saya menggunakan upt dan dapati keputusannya negatif. Jadi saya ingin tanya, adakah saya memang hamil tp disebabkan terlalu awal jadi hcg masih lagi tak dapat dikesan. Atau saya memang tidak hamil tetapi ada masalah lain kerana opk saya positif banyak kali. Saya harap dapat penjelasan daripada doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pada peringkat awal kehamilan kadangkalan HCG adalah terlalu rendah untuk dikesan tetapi terdapat sebab lain untuk UPT negatif walaupun hamil antaranya ialah:
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Ketepatan opk meramal ovulasi adalah melalui peningkatan hormon luitenising hormon. Namun, ia tidak dapat meramalkan sama ada telur telah dilepaskan pada saat yang tepat. OPK boleh positif untuk tempoh beberapa hari kerana luitenising hormon boleh meningkat mendadak sepanjang 2 ke 5 hari.
Terima kasih