
Sulit
4 tahun
Opk positif tapi tidak period sebulan
Saya last check upt 30 Nov dpt - ve kemudia pada hari ini, saya check opk positif dan terang pada line t sedang kan saya tidak period sepanjanh November sehingga hari ini, mohon penjelasan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid.
Untuk makluman anda, sekiranya anda tidak datang haid, ia bukan sahaja bermaksud anda hamil atau tidak, masalah tidak datang haid boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Mengenai waktu subur wanita, anda boleh klik di sini untuk info lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau kerana tidak datang haid ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!