
thieyarabiee93
5 tahun
Opk semakin terang di opk12
Nak tnya dok knapa opk sya mkin trang di opk 12 adakah sya hamil sbb circle sya yg lpas tak ada yg mcm ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pemeriksaan OPK adalah juga dikenali ovulation predictor kit yang mana alat ini mendeteksi nilai hormon kesuburan yaitu Luteinizing Hormone (LH) dalam air kencing anda. Apabila OPK semakin terang, ia menandakan anda semakin subur. Kehamilan akan terjadi sekiranya anda melakukan hubungan seksual dalam tempoh waktu tersebut.
Sementara itu, alat pemeriksaan kehamilan dikenali sebagai urine pregnancy test kit (UPT) yang mana ia mendeteksi kadar beta hCG (sejenis hormon yang dihasilkan plasenta janin) dalam air kencing anda.
Memandangkan anda menggunakan OPK, maka hasil positif OPK membawa makna bahawa anda sedang subur. Untuk mengetahui lebih banyak tentang masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.