
Sulit
4 tahun
Opt positif and negative berikan pendapat
1 saat
Hai doc, saya sudah seminggu lewat period, saya telah membuat Ujian kehamilan jenis strip pada hr ke 4 Lewat period and hasilmya positif. Pada keesokan harinya saya mencuba 2 kit ujian kehamilan jenama clear blue Dan kit ujian kehamilan Jenis strip tetapi hasilnya clear blue Negative dan Jenis strip positif. Hari ini juga saya membuat ujian kehamilan megunakan jenis strip, juga keputusan positif. Saya juga mengalami gejala seperti loya2 , sakit dibawah perut dan rasa mcm tegang, payudara rasa mebengkak, sangat sensitif dengan bau, sakit pinggangDan bahu sakit … saya tidak kisah jika tidak hamil. Cuma saya bimbang adakah saya hamil diluar rahim… adakah patut saya membuat opt sekali lagi atau scan? Jika membuat opt sekali lg, anggaran masa yang sesuai utk membuat ujian kehamilan jam berapa cth awal pg atau sebelum tidur? Boleh ke membuat ujian opt selepas bersama suami Dan Jika bersama suami dan membuat ujian adakah ia mempengaruhi hcg ?adakah ia kan membuat kan ujian kehamilan menjadi positif palsu? Terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Kami kurang jelas dengan OPT yang dimaksudkan anda. Sekiranya anda maksudkan UPT, berikut merupakan antara sebab mengapa UPT anda positif:
- Kehamilan
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan anggur
- Cara penggunaan kit yang salah
- Ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Waktu terbaik untuk anda membuat ujian UPT adalah:
- Air kencing pertama pada waktu pagi kerana kandungan HGC adalah tinggi pada waktu tersebut
- Setelah anda lewat datang haid seminggu ke atas
Disebabkan anda mengalami gejala, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada anda hamil ataupun gejala tersebut disebabkan oleh perkara lain. Kami berharap anda dapat mengambil perhatian berkenaan gejala yang anda alami.
Untuk makluman anda, ujian UPT hanya akan menjadi positif sekiranya persenyawaan telah berlaku dan sekiranya anda membuat ujian tersebut sejurus sahaja selepas bersama suami, kebarangkalian untuk mendapat keputusan negatif adalah tinggi.
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.