
dayah
5 tahun
Orang Yang Kurus Boleh Ada Kolesterol Tinggi?
Boleh terangkan bagaimana orang yang kurus boleh ada kolesterol tinggi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hai, terima kasih kerana mengemukakan soalan anda.
Golongan obesiti sering dikaitkan dengan masalah kolesterol. Sebenarnya orang yang kurus pun berisiko mengalami masalah kolesterol tinggi. Kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat berat badan dan indeks jisim tubuh (BMI).
Kegemukan melibatkan penyimpanan kolesterol di bawah kulit manakala masalah berlebihan kolesterol melibatkan pengumpulan kolesterol di dinding saluran darah.
Kolesterol tinggi disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya adalah pemakanan yang tidak sihat. Orang yang kurus kadang-kadang kurang mengawal permakanan. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (“jahat”).
Ia berbentuk pepejal di bawah suhu sejuk. Contoh sumber lemak tepu yang biasa diambil ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan bergoreng, makanan segera dan produk bakeri. Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol LDL (‘jahat’).
Kekurangan aktiviti fizikal juga menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Orang yang kurus kadang-kadang jarang membuat senaman. Mereka mungkin berpendapat bahawa badan yang kurus bermakna tahap kolesterol mereka terkawal. Gaya hidup yang tidak aktif inilah yang menyebabkan kolesterol tinggi.
Faktor yang seterusnya adalah peningkatan umur. Selain itu, merokok boleh menjejaskan saluran darah dan menurunkan tahap kolesterol HDL (“baik”). Ini akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Stres juga selalu menyebabkan pemakanan yang tidak sihat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.