
fathieya3007
5 tahun
Otak rasa bergoyang tiba2
Kenapa ya kdg2 saya rasa otak dan badan saya mcm bergoyang mcm nak terbalik seolah2 mcm ad gempa bumi padahal kedudukan sy normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya ambil maklum bahawa anda mengalamai masalah vertigo. Ia merupakan sensasi dimana badan atau keadaan sekeliling dirasakan seperti berpusing. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Benign paroxysmal positional vertigo- disebabkan organ kecil dikenali sebagai canaliths bergumpal di dalam telinga. Organ ini berperanan dalam mengekalkan sensai keseimbangan badan
Meniere’s disease - disebakan oleh pengumpulan air dan menyebabkan perubahan dalam tekana telinga
Vestibular neuritis or labyrinthitis- keradangan di dalam telinga
Antara sebab lain namun jarang berlaku adalah:
Kecederaan kepala atau leher
Masalah pada otak seperti strok atau barahproblems such as
Ubat yang menyebabkan kerosakan telinga
Migraine
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.