
Sulit
4 tahun
Overthinking and bimbang..takut dosa yg telah dilakukan
Hari ni merupakan hari gelap buat saya. Saya terlanjur dan tidak memakai condom. Tetapi partner tersebut seorang yg bersih dan dia beritahu dia makan ubat elak hiv. Saya bimbang adakah saya terdedah kpda hiv walaupun org tersebut seorang yg berjaga jaga. Sya menyesal dgn dosa saya. Saya harap tidak ada apa2 berlaku.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, individu yang mengalami gejala HIV akut ( acute HIV infection ) boleh mengjangkiti orang lain kerana jumlah virus ( viral load ) yang tinggi. Selain daripada itu, HIV juga boleh tersebar dengan cara berikut:
- Aktiviti seks bebas dan rambang tanpa perlindungan
- Perkongsian jarum dalam kalangan pengguna dadah
- Lahir daripada ibu yang positif HIV
- Transfusi darah yang mengandungi virus HIV
- Needle prick injury dalam kalangan pekerja kesihatan
Sekiranya pesakit HIV ingin melakukan hubungan seksual, penggunaan perlindungan menggunakan kondom dan mengambil ubat retroviral (ubat HIV) sebagai pre-exposure prophylaxis (PrEP) adalah amat digalakkan untuk mengurangkan risiko transmisi (jangkitan) kepada pasangannya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.