Sulit
5 tahun
Ovulation process in menstrual cycle
Adakah ovum akan keluar jika telah mengambil levonogestrel 3 hari sebelum ovulation?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, levonogestrel adalah nama bahan yang sering digunakan dalam produk perancang keluarga untuk wanita. Ia boleh didapati dalam bentuk pil perancang, pil kecemasan, intrauterine contraceptive device, atau suntikan.
Saya tidak jelas mengenai jenis levonogestrel yang anda ambil. Oleh itu, saya tidak dapat untuk memberi jawapan yang dikehendaki.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































