
Sulit
4 tahun
Painkillers menyebabkan mandul?
Saya wanita umur 25 tahun baru berkahwin. Semasa sedang honeymoon bersama suami, saya mengalami sakit gigi dan menyebabkan saya tidak selesa. Saya amik keputusan utk mengambil painkiller utk kurang sakit and selang berapa minit kami melakukan seks. Adakah ada side effect jika mengambil painkiller & melakukan seks? Saya takut doc. Saya baru berapa bulan kahwin. Saya juga ada dgr org ckp painkiller bole menyebabkan mandul. Tolong jawab doc. Tqsm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan ubat tahan sakit (painkiller) boleh menyebabakan kemandulan. Namun ubat ini mempunyai beberapa kesan sampingan. Antaranya adalah:
- sembelit
- loya atau mual
- mengantuk
- muntah
- sakit perut
Bagi mengatasi masalah sakit gigi anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.