
Sulit
4 tahun
Paksa diri muntah selepas makan untuk elak gastrik
Saya ada seorang emak yg berusia dlm 56 tahun. Saya perasan sejak dulu bila lepas makan mak sy selalu akan ke tandas. Saya mengesaki emak selalu muntahkan balik apa yang dia makan. Tadi dia kantoi kat saya bila sy bertanya mak yg mak muntahkan balik apa dia mkn. Akhirnya dia mengaku. Selama ni dia memang buat mcm tu sebab nk elak gastrik dia melarat. Dia kena muntahkan balik makanan supaya gastrik x menyerang. Saya risau sebab tu dah jadi tabiat dia bertahun2 lamanya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan yang anda alami. Namun, maklumat yang diberi tidak cukup untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.