Sulit

3 tahun

Panadol Menstrual boleh melegakan sakit kepala?

Saya nak tanya doktor,adakah oanadol menstrual ne boleh dimakan untuk melegakan sakit kepala tetapi masih dalam waktu PMS?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Sakit kepala boleh dibahagikan kepada 2 kategori.

Kategori pertama adalah sakit kepala yang berpunca daripada masalah saraf di dalam otak seperti sakit kepala disebabkan oleh tekanan, migrain dan sakit kepala kluster. Hampir 90% kes sakit kepala berada dalam kumpulan ini.

Tanda-tanda sakit kepala disebabkan oleh tekanan adalah kesakitan di kedua-dua belah kepala, ketegangan bahu, otot leher dan kepala. Migrain pula boleh disebabkan oleh:

  • tekanan emosi atau fizikal
  • aktiviti fizikal
  • kekurangan tidur
  • haid
  • ubat seperti pil pencegah kehamilan
  • lapar
  • trauma
  • sesetengah makanan.

Tanda-tanda migrain termasuk sakit kepala, loya dan muntah. Sakit kepala biasanya berdenyut-denyut di sebelah kepala sahaja dan menjadi lebih teruk kerana cahaya terang dan aktiviti fizikal. Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan:

  • Dengan aura (bintik-bintik terang, kilat, perubahan warna)
  • Tanpa aura

Sakit kepala kluster merupakan serangan sakit kepala teruk yang berlanjutan dari beberapa minit sehingga beberapa jam. Serangan ini berulang setiap hari untuk beberapa minggu atau bulan. Pesakit mungkin bebas daripada kesakitan untuk beberapa bulan atau tahun. Sakit kepala kluster jarang ditemui.

Kategori kedua adalah sakit kepala yang disebabkan oleh masalah di luar sistem saraf seperti darah tinggi yang serius, kanser otak, komplikasi kehamilan dan serangan angin ahmar.

Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, jumpa doktor dengan segera:

  • Sakit kepala yang paling teruk pernah dialami atau menjadi makin teruk dengan cepat
  • Sakit kepala, hilang kesedaran, sawan atau perubahan sensorium
  • Sakit kepala teruk, demam dan ketegangan leher
  • Sakit kepala dengan gejala visual, lemah dan kebas anggota buat kali pertama

Ubag panadol / paracetamol sememangnya digunakan meluas dalam merawat sakit kepala namun ubay juga bergantung kepada punca sakit anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)