
medelein281
5 tahun
Panas badan tetapi suhu badan tidak tinggi
Saya rasa badan saya panas tapi suhu badan saya masih 36.9 degrees Celsius. Saya seorang pelajar perubatan dan memang ada kelas dekat klinik kesihatan dan hospital sepanjang 3 minggu lalu. Apakah yang saya patut lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Seperti yang dipelajari di fakulti perubatan, suhu demam bagi orang dewasa ialah 37.5 dan ke atas. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya:
- hormon tiroid berlebihan
- obesiti
- sindrom premenstrual
- menopaus
- cuaca yang terlalu panas
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.