
Sulit
4 tahun
Panas badan tetapi tidak demam dan bertenaga seperti biasa setiap hari
Saya mengalami panas badan sejak beberapa hari yang lalu dan kadang2 mengalami sakit kepala tapi tidak seteruk demam. Saya sudah makan ubat dan minum air penyejuk badan tapi keadaan masih yang sama. Saya sudah tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, badan terasa panas boleh disebabkan oleh banyak perkara. Anda digalakkan untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Cuaca panas boleh menyebabkan anda berasa panas dan sakit kepala.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.