
emelyneamzuki
4 tahun
Panas badan waktu malam sahaja dan gastrik
Saya umur 31. Tengah gastrik 3 hari. Dan hari pertama gastrik, badan saya panas bila waktu malam sahaja. Rasa penat dah panas. Sakit perut tak hilang. Adakah ia normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, definisi panas sahaja belum memadai untuk mengatakan suatu gejala demam. Demam adalah ketika suhu tubuh anda melebihi 37.5’C . Masalah demam boleh berpunca oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- Jangkitan virus
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- masalah penyakit/jangkitan lain
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna sekiranya masalah ini berlanjutan terutama gejala sakit perut yang tidak hilang.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!