Sulit
2 tahun
Panas dan pedih dibahagian dada/ tekak/tidak selesa tekak
Saya wanita berumur 27tahun dan saya sering terasa tidak selesa di bahagian tekak /leher… saya terasa seperti terdapat makanan yang terlekat/tersangkut dibahagian tekak…Selain itu, dada hingga tekak sering terasa panas / pedih sehingga membuat saya terasa loya / muntah terutama apabila setelah makan…apakah masalah yang saya hadapi ini?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan diatas, anda ingin mengetahui punca dari gejala yang dialami pada bahagian dada anda. Kami akan cuba membantu.
Umumnya gejala panas dan pedih di bahagian dada yang disertai gejala tekak tidak selesa loya dan muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- peningkatan asid perut
- inflamasi tisu/otot/sendi pada kawasan dada
- trauma saluran pencernaan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- GERD
- Gangguan jantung
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.