
Sulit
4 tahun
Panas di buku lali tiba-tiba
Saya wanita berumur 40 tahun dan berat badan 42kg serta tinggi dalam 153cm. Kebelakangan ini saya perasan buku lali kaki kanan saya akan rasa panas tiba-tiba. Ia berlaku dalam sekali atau 2 kali sehari dan dalam 3 ke 5 saat. Apa petanda tu Doktor?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Rheumatoid arthritis
- Osteoarthritis
- Kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.