
Sulit
5 tahun
Panas kerongkong dan cirit birit
Saya prenant dah 8 bulan. sy tiba2 rasa perut tak selesa dan rasa panas di kerongkong beserta dengan cirit birit. boleh bgtau apa sebab jadi mcm ni. Sy dah 4 kali muntah. Cirit birit dah 5 kali

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kerongkong dan cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam kerongkong dan usus
- Keracunan makanan
- Asid refluks (gastrik) - perkara ini mudah terjadi kepada wanita mengandung
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu atau batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.