
meksue17
5 tahun
Panau bahagian bawah mata
Saya ada panau bahagian bawah mata sebelah kanan. Dah 2 tahun. Pada permulaan panau ni muncul sebagai satu garis halus berwarna putih. Dalam masa 3 bulan panau ni membesar tetapi tidak bertompok. Selepas itu panau ini berada dalam keadaan statik selepas saya makan ubat untuk matikan akar panau yang saya beli di farmasi berdekatan. Dan sekarang ia kembali membesar. Saya dah jumpa doktor pakar kulit. Beliau hanya mengatakan ini panau dan memberi ubat nama Mico Cream. Tetapi ubat tu tidak membantu saya. Panah masih tidak berkurang. Boleh saya tahu bagaimana lagi cara/ ubat untuk hilangkan panau ?

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Panau (Tinea Vesicolor) atau nama lainnya ‘ pityriasis versicolor ’ ialah salah satu penyakit kulit yang biasa ditemui di Malaysia. Penyakit lain yang mimik sebagai panau termasuklah:
- Vitiligo (sopak)
- Tinea corporis(kurap)
- Pityriasis rosea
- Psoriasis
Dengan rawatan yang berkesan, panau boleh berkemungkinan dan tompok pada kulit boleh hilang walaupun mengambil masa yang agak lama. Ubat untuk penyakit panau boleh diberi dengan dua cara iaitu ubat sapu dan ubat makan .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih