
amirmmalek
5 tahun
Panau di muka yang sangat banyak
doktor muka saya ada panau yang merebak sangat banyak.penyakit ini terjadi semasa saya darjah 3 sampai sekarang tingkatan 4…kadang kadang bila dah pakai ubat ,dia akan hilang tapi beberapa bulan dia ada balik.sampaikan setiap tahun mesti ada tompokan banyak di muka…setiap hari saya pakai ubat,tapi tidak berkurang malah tumbuh lagi banyak…apa perlu saya buat ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, panau adalah jangkitan kulat pada kulit yang boleh disebabkan oleh:
- Kulit berminyak
- Persekitaran panas dan lembap
- Imun sistem lemah
- Hormon yang meningkat
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.