
Sulit
3 tahun
Pandangan gelap dan rebah
saya wanita berusia 17 tahun, saya sering mengalami sakit kepala dan pndgn kabur ketika bgun, tpi kali ni pndgn saya menjadi gelap lalu saya rebah, saya lupa apa yg telah berlaku, ia mengambil masa dalam 5 minit utk mengingati apa yg berlaku, setelah kejadian rebah itu kaki saya agak lemah dan sukar utk berdiri, pernafasan saya juga mnjadi agak sukar dan tekak saya berasa loya, saya ada sejarah hampir dijangkiti kuman di otak pada usia 6 tahun, adakah perkara ini berkait?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala atau kepala terasa berpusing-pusing. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Untuk mengenal pasti masalah yang anda hadapi, pemeriksaan yang komprehensif perlu dilaksanakan bagi menentukan punca gejala yang dialami oleh anda. Justeru pihak kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan dan bebrapa prosedur lain.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disyorkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya masih ragu-ragu. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala .