
Sulit
5 tahun
Pandangan jadi gelap
Saya ina , umur 54 tahun. Bulan Disember tahun lepas, saya disahkan ada kencing manis. Saya ada makan ubat kencing manis 2 jenis : Glumet DC dengan gliclazide 80mg. Saya dah hampir 2 bulan makan ubat gliclazide nie…saya nak tanya ada kesan apa2 ke jika makan ubat gliclazide nie…saya makan ubat setengah pagi & setengah malam…sebelum makan. Saya nak tahu punca bila saya bangun dari duduk…pandangan jadi grlsp selama 60 saat… Jadi gelap , tak nampak apa2…adakah itu tanda salah satu hypo @ saya ada masalah lain… bacaan hba1c saya diambil bulan febuari lepas 4.3% masa mula ambik darah unyuk ujian hbac1 saya 8.8%
adakah saya perlu makan ubat gliclazide tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berkemungkinan masalah yang anda alami adalah strok kecil dimana saluran darah ke kawasan mata anda terhenti skejap menyebabkan pandangan anda gelap. Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Namun, begitu, terdapat juga masalah lain yang boleh menyumbang kepada masalah ini. Antaranya hipotensi, komplikasi kencing manis, masalah mata dan sebagainya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.