
Sulit
3 tahun
Pandangan Mata & Gigi
pada tahun 2016, saya terlibat dalam kemalangan dimana tulang pipi saya patah, Tulang bawah mata patah, Gigi kacip patah. saya terima rawatan pembedahan memasuukan plat besi dekat bahagian tulang pipi sebelab kanan dan tulang bawah mata sebelah kanam dan rawatan mati akar pada gigi kacip. selepas menerima rawatan dan pembedahan, terdapat kesan pada pandangan saya iaitu “Diplopia” pada mata sebelah kanan pada pandangan kebawah & kekiri dan mata kanan saya akan jadi juling apabila pandang kearah bawah & ke kiri. selain itu, gigi yang terima rawatan mati akar itu semakin lama semakin gelap berwarna hitam. perkara ini menyusahkan saya untuk melakukan pandang ke bawah & kiri dan membuatkan saya malu untuk senyum atau bercakap.
selepas beberapa tahun terdapat effect yang lebih srs pada pandangan saya di mana mata saya semakin menjadi juling dan diplopia pada setiap pandangan. selain itu, gigi saya semakin kehitaman dan menunjukan tone warna yang sangat berbeza. jadi soalan saya
adakah mata saya boleh menjadi normal & apa rawatan yang saya perlu lakukan?
apakah langkah terbaik untuk memutihkan gigi mati akar?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi mata anda boleh dikaitkan dengan
- strabismus
- gangguan saraf
- kelainana otot
- skew deviation
- hyperphoria
- atau gangguan diplopia yang lain
Selain itu gigi atau gusi yang bertukar warna seakan-akan kelabu atau hitam perlu dinilai oleh doktor gigi dalam waktu yang terdekat kerana dikuatiri boleh menjadi tanda-tanda seperti:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- tissue necrosis
- benda asing
Hubungi doktor gigi untuk melegakan masalah gigi dan gusi anda.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.