chekiza5602
6 tahun
Pangkal servik tidak licin
Saya wanita 26tahun .sedang mengandung … Saya nak tanya doktor … Saya pernah bersihkan vagina saya menggunakan jari…semasa membersihkn saya ada rasa satu tombol tengah2 ada lubang . Mungkin servik . Saya rasa di tengah2 permukaan lubang tu tak licin . Saya search google . saya terbaca … jika tak licin maknanya servik saya tak normal.adakah boleh jadi kanser servik? Saya rasa sangat risau doktor . Saya nak buat pap smear tetapi saya masih mengandung … Terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa tanda kanser serviks.Antaranya ialah:
- Pendarahan daripada kemaluan selepas melakukan hubungan seks
- Cecair dan bauan yang busuk keluar daripada kemaluan
- Sakit yang teruk ketika melakukan hubungan seks.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih




































