
Sulit
4 tahun
Paranoid berlebihan hingga memberi tekanan kepada orang sekeliling
Doktor, saya mempunyai seorang kawan yang bagi saya dia mengalami paranoid berlebihan. Dia menjalani kehidupan biasa dan normal dari kecil hingga lah ke perkahwinan.Kawan saya tidak bekerja tetapi dia seorang yang educated.Tiada masalah berlaku menyebabkan paranoid cuma dia mewarisi sikap dari ayahnya.Sebelum PkP awal tahun, beliau selalu mengawal pergerakan suaminya,tidak membenarkan suaminya ke majlis syarikat apatah lagi untuk berkumpul,sentiasa memeriksa hp suami.Padahal suaminya seorang yang baik di tempat kerja.Suaminya tidak pernah membantah dan mengikut segala kemahuannya kerana tidak mahu bertengkar.Semasa PKP,semua diarahkan bekerja dari rumah,tetapi ada kalanya memerlukan untuk pergi ke office. Kawan saya tidak membenarkan suaminya ke ofis hingga mereka bertengkar.Kredibiliti si suami mula dipertikaikan rakan2 syarikat kerana susah dihubungi,kerja tergendala.jika suami berhubungan dengan rakan syarikat,cara percakapan juga dipertikaikan.tidak boleh bergurau,dan perlu strict.Tahap paranoid kawan saya semakin kritikal sepanjang PKP.Membuat SOP melampau lebih dari pihak hospital lakukan.
contoh.rumah mak hanya selang beberapa dari rumah kawan saya.Mereka bermalam disana dan pulang keesokannya tanpa singgah ke mana-mana.tetapi sampai di rumah,kawan kawan saya sanitize semua barang dari rumah maknye dan juga sanitize keretanya juga.Si suami dan anak-anak makin stress,dan mereka telah banyak kali bertengkar kerana paranoid.suami mula mendapat tekanan darah tinggi dan makin teruk levelnya.anak-anak mula sentiasa takut dengan kawan saya.ahli keluarga menyuruhnya berjumpa doktor dan dia tau masalah dia.Alasan diberikan hospital banyak kes covid,orang ramai.Kawan saya juga mempunyai masalah saraf dan tidak boleh melakukan kerja berlebihan. Suami sangat membantu kerja rumah kearana masalah kawan saya itu. Bagaimana untuk saya menolongnya kerana kedua duanya adalah kawan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, untuk membuat kesimpulan, konsultasi lanjut dan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Berdasarkan gejala-gejala anda, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa pakar psikiatri di hospital swasta atau kerajaan. Mereka lebih arif dalam soal ini. Bukan semestinya masalah seperti ini sentiasa berkaitan dengan kesihatan mental kerana ia boleh juga disebabkan oleh masalah lain seperti ketumbuhan otak.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan untuk mencuba yang berikut bagi mengawal tekanan emosi serta rasa cepat marah:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Kami sarankan untuk mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Mereka akan merujuk kes kepada doktor pakar sepatutnya berdasarkan permasalahan sebenar jika perlu.
Oleh itu, disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.