
Anonymous
6 tahun
Pariod Sebulan Sekali & Cycle 44 Hari
Salam Saya Wanita Berumur 26 Tahun dan baru berkahwin 4 Bulan…selepas berkahwin pariod saya datang selang seli…sebulan datang…sebulan miss pariod…tetapi bulan 3 dan bulan 4 saya pariod tetapi cycle ke 44 …saya rasa itu terlalu panjang…adakah itu masalah penyakit atau normal dan adakah saya berpeluang untuk mengandung…???..Terima Kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara punca haid tidak teratur adalah :
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai selepas berunding dengan doktor. Sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!