
Sulit
4 tahun
Paru paru berair dan jantung bengkak
Hello doc, ayah saya 64 tahun, paru paru kelebihan cairan sebelah kanan 9000ml dan sebelah kiri 750ml. Sehinggat terjadi pembengkakan pada jantung 14,8cm. Pemeriksaan dan perwatan seperti apa yang sebaiknya dilakukan untuk ayah saya. Terima kasih doc

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah jantung bengkak boleh berlaku disebabkan perkara berikut:
- Komplikasi serangan jantung
- Masalah injap jantung
- Kerosakan pada tisu jantung
- Tekanan darah tinggi kronik
Untuk makluman anda, rawatan paru-paru berair yang akan diberikan oleh doktor terdiri atas:
- Oksigen melalui topeng muka
- Ubat untuk mengeluarkan cecair berlebihan dari badan melalui saluran kencing. contohnya ubat furosemide.
- Ubat tahan sakit untuk mengurangkan sesak nafas dan sakit dada
- Ubat darah tinggi sekiranya tekanan darah terlalu tinggi
Sebetulnya paru-paru berair adalah masalah kesihatan yang serius. Seandainya anda didiagnosis dengan paru-paru berair, sebaiknya segera mendapatkan perawatan di hospital kerana dikhuatiri membahayakan nyawa anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!