
ayuaida18
5 tahun
Parut Keloid dan sering gatal
Saya wanita berumur 25 tahun dan mempunyai parut keloid,sering sakit dan gatal…boleh cadangkan treatment untuk penyakit keloid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai sebab yang boleh menyumbang kepada masalah parut keloid. Antaranya:
- genetik
- jerawat
- luka
Terdapat pelbagai rawatan parut keloid. Antaranya:
- suntikan steroid
- laser
- cryoterapi
Namun rawatan ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.