
Sulit
4 tahun
Parut lama di kaki dan tangan
Hi doctor, saya nak tanya, saya ada parut lama allergic dekat kulit saya banyak and saya cuba macam jenis lotion and ubat. bio oil, makan suppliment tapi parut masih tak hilang. boleh saya tahu ubat apa yang patut saya amik?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan serta pemeriksaan fizikal perlu dilakukan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan masalah kulit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.