
hasifhussin1993
6 tahun
Parut sunat berlubang kecil
parut jahitan sunat sy dulu kekal sampai sekarang berlubang kecil. Lubangnya tidak keliling. Separuh berlubang. Separuh tidak berlubang(sempurna). Sy risau celah2 lubang itu boleh terselit kuman atau penyakit apa2. Adakah ianya bahaya. Apa yg sy perlu buat?perlukah sy sunat untuk kali yg kedua. Untuk menutup lubang2 kecil itu.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selepas luka, kulit manusia meninggalkan parut selepas proses penyembuhan, kadangkala parut tersebut membentuk lubang walaupun telah sembuh sepenuhnya. Sekiranya lubang tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah anda tidak perlu risau dan hanya perlu menjaga kebersihan kawasan tersebut.
Sekiranya terdapat darah, nanah atau cecair keluar sila rujuk kepada doktor dengan segera agar ianya boleh dirawat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.