
Sulit
4 tahun
Parut yang banyak di kaki
Saya wanita berumur 20 an . Saya mempunyai masalah banyak parut di kaki . Saya jadi malu untuk berkahwin . Jadi saya ingin makan supplement untuk menghilangkan kesan parut tersebut . Saya lihat ramai yang menyatakan berkurang kesan parut jika makan supplement tersebut . Soalan saya, adakah mempunyai kesan sampingan jika makan supplement tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah parut di kaki yang anda hadapi. Untuk makluman anda, hasil daripada luka pada kulit akan menyebabkan kesan seperti tompok hitam. Apabila kulit cedera, keradangan akan menyebabkan bertambahnya penghasilan hormon yang memberikan warna hitam kepada kulit iaitu melanin. Oleh sebab itu, parut akan kelihatan gelap atau hitam.
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Anda boleh mencari alternatif pemakanan yang lebih sihat tanpa menggunakan produk seperti:
- perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan nutrisi yang badan anda perlukan
- buah-buahan kering (kurma ) boleh membantu menjadi makanan tambahan yang sihat
Anda perlu merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia jika anda ingin mencuba produk tersebut supaya ia selamat diguna dan tidak membawa apa-apa kemudaratan. Kesan sampingan sebenarnya bergantung kepada bahan kandungan produk dan tindak balas tubuh seseorang. Maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat.
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.