Sulit
5 tahun
Parut yg disebabakan jerawat badan menjadi benjolan keras
Adakah parut yg mengeras yg menjadi benjolan yg disebabkan oleh jerawat badan boleh menyebabkan cysts jika tidak dirawat? Bahaya ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, parut ialah komplikasi kepada jerawat tesebut. Tiada rawatan untuk merawat parut kecuali jika anda menggunakan rawatan laser untuk cuba menghilangkan parut tersebut. Parut tiada komplikasi dan tidak akan menyebabkan apa-apa penyakit lain. Biasanya, orang akan kurang menyenangi parut untuk sebab-sebab kosmetik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
































