
Sulit
4 tahun
Pasal pill perancang
Hi doc Sya ingin bertanya…Sya belum pandai makan ubat pil prncang…kadang2 Sya MKN ubt selepas pkl 8 kadang tidak ingat jam sbb sibuk myusukan anak.mcm tadi Sya makan pil prncang kul 8.30 lepas brpa jam Sya bersama dengan suami suami trmbak tidak sngja adakah Sya cpt hamil ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk mendapatkan keberkesanan yang paling optimum daripada pil perancang anda perlu lah mengambil pil perancang pada waktu yang sama setiap hari. Pil perancang berfungsi untuk mengawal hormon anda supaya tidak hamil. Saya sarankan anda untuk meletakkan jam penggera untuk setiap waktu anda perlu mengambil pil. Risiko untuk anda hamil adalah rendah jika mengambil pil setiap hari.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.