
Sulit
5 tahun
Pasangan Hepatitis C
Sy wanita yg sdh berkahwin…berusia 36 tahun. Kami mempunyai 3 anak. Suami sy baru shj dknlpasti menghidap penyakit hepatitis c. Sbg isteri, mmg sy risau penyakit ini drpd berjangkit. Sy tlh membuat ujian darah…alhamdulillah kptsn nya negative… Namun demikian, sy sekali lg dberi rezki mngandung ank ke 4… Persoalan sy…
1/ adakh risiko utk berjangkit kpd kandungan?
2/ kira2 berapa peratus kecenderungan utk berjangkit sekiranya melakukan seks tanpa mggunakn kondom?
3/ sekiranya ibu mngandung bebas drpd penyakit hep c, adakah risiko kpd ank yg dkandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika anda bebas daripada hepatitis C tiada risiko anak anda mendapat hepatitis C. Walaubagaimanapun, anda memiliki risiko untuk menghidapi hepatitis C walaupun sangat sedikit melalui aktiviti seksual.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.