
fardly82
5 tahun
Patah tulang peha (femur fracture)
Saya baru patah tulang peha kanan & selepas membuat pembedahan pada 25th Nov 19. Skrg da masuk minggu ke 2. Doc nasihatkn saya berehat & cuba bengkokkan lutut. Soalan saya senaman mcmna yg ptt saya buat utk bengkokan lutut ni?setakat hari ni lutut hanya blh bengkok 45 deg. Msh berusaha utk dptkn 90 deg inshaAllah. Doc yg merawat xbgtau pn mcmna senaman kn bwt utk bengkokn lutut ni.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maksud doktor rawatan adalah anda perlu menggerakkan lutut anda dengan kerap, senaman seperti membengkokkan lutut untuk 8-10 kali dalam tempoh masa 30 minit ke 1 jam sekali adalah bagus.
Untuk pengetahuan anda, pergerakan akan dihadkan kerana tulang anda yang belum bercantum sepenuhnya. Anda perlu bersabar dan tidak putus asa supaya ianya boleh sembuh dengan cepat. Sekiranya anda masih tidak memahami, anda boleh bertanya doktor rawatan anda tentang senaman yang anda boleh buat semasa ward round.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.