Sulit
4 tahun
Payudara besar bagi seorang lelaki
dulu saya sangat gemok semasa kecil
bila dah mencapai berat badan yg stabil
payudara masih ada.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Lemak berlebihan
- Masalah hormon (terlebih estrogen)
- Masalah pada hati
- Hypogonadism
- Hypoandrogenism
- Masalah pada buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


























