
Sulit
5 tahun
Payudara gatal dan panas
Saya wanita berumur 25 tahun. Kebelakangan ini saya menghadapi kegatalan pada payudara disebelah kanan, dan pabila saya membuat self-examination saya dapati payudara sebelah kanan kelihatan besar sedikit serta terasa panas dan ada ketulan keras. Saya ada mengambil pil perancang pada 16 dec 2019 hingga 3 january 2020 mengikut saranan doktor kerana masalah period. Adakah ianya kesan sampingan daripada pil atau masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ukuran payudara adalah memang tidak simetris. Sementara itu, masalah payudara biasanya bersifat normal apabila ia terkait dengan kitaran haid anda. Masalah sakit ini biasanya disebabkan perubahan hormon yang mana ia akan terjadi sebelum dan diawal kitaran haid. Ia akan berulang sehingga anda menopause (hormon wanita kurang). Bagi merawat masalah payudara ini, doktor dapat memberikan anda beberapa jenis vitamin dan ubatan sekiranya penanganan awal tidak berhasil. Antara penanganan awal sakit payudara ini adalah:
- Kurangkan stress
- Menggunakan bra yang sesuai dan memberikan sokongan yang baik
- Mengamalkan diet yang seimbang
- Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein (seperti kopi dan teh)
- Menurunkan berat badan kepada kadar normal (sekiranya anda obese)
- Mengambil painkiller
Akan tetapi, sekiranya tidak jelas kaitan diantara sakit dengan kitaran haid, dikhuatiri masalah ini dapat disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain, seperti:
- Mastalgia (noncyclical)
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess* iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Memandangkan masalah ini dapat pelbagai daripada sakit biasa sehingga kepada yang serius, anda digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor. Hal ini adalah supaya anda tidak perlu menderita dengan sakit ini lagi apabila pengubatan yang tepat telah diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.