
Sulit
4 tahun
Payudara sakit dan berdenyut serta sakit di bahagian bawah abdomen
Hai doktor…Saya masih berpantang hari ke 37 dan kematian anak…semasa dalam pantang saya, susu saya kering dalam masa 30hari… selepas shj 30 hari, ada rasa sakit dan berdenyut pada kawasan areolar…adakah ia normal? Selain itu ada rasa tidak selesa di kawasan lower abdomen…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dengan khabar berita perihal kondisi kandungan anda berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan. Diharapkan puan sekeluarga tetap tabah dan terus bersemangat dalam mengharunginya. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan & suami. Lazimnya masalah yang sedang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kadar turun-naik atau ketidakseimbangan hormon
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau ketika pantang
- Mastalgia ( noncyclical )
- Mastitis iaitu keradangan payudara atau puting susu
- Mahupun gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.