
Sulit
5 tahun
Pcos dan darah keluar terlalu panjang
Hi doctor, saya baru disahkan menghidap pcos. Period saya melebihi 15 hari, sekejap spotting, sekejap bleeding. Bolehkah saya mengambil ubat berhentikan darah kerana saya agak sulit untuk mengerjakan solat dengan keluarnya darah seperti period. Dan bolehkah saya beli ubat tersebut di farmasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perdarahan haid yang lama dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Memandangkan anda telah didiagnosis PCOS, sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda tentang kondisi ini sebelum mengambil ubatan lain. Merujuk kepada masalah ibadah, haid yang lama melebihi 15 hari boleh dihitung sebagai darah penyakit atau darah istihadah. Maka selain merujuk ke doktor, anda juga adalah disarankan untuk merujuk kepada pakar agama tentang cara sebaiknya untuk terus beribadah dengan perdarahan haid yang panjang ini.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.