
Sulit
4 tahun
PCOS dan sakit ari ari sebelah kiri
Salam sejahtera…saya syila umur 28 tahun telah berkawin selama 3 tahun masih tidak mempunyai zuriat…saya mengalami PCOS semenjak period tidak terus dan telah membuat scan di klinik swasta…pada hari ini sy mengalami sakit pada ari - ari sebelah kiri…rasa macam angin…boleh doktor perjelaskan apa perlu saya buat??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ari-ari sebelah kiri. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Masalah ginekologi (Senggugut, Masalah di rahim atau serviks)
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Saluran kencing tersumbat
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!