
Sulit
4 tahun
Peakit buah pinggang mengalami gatal gatal kulit yang teruk
Suami saya berusia 30 tahun. Merupakan pesakit buah pinggang dan menjalani CAPD setiap hari. Tiada kencing manis. Mengalami gatal2 kulit yg amat teruk. Telah berjumpa dengan pakar kulit, tapi tidak berkesan. Soalan saya, ada tak tips untuk melegakan rasa gatal2 suami saya? Adakah boleh kalau saya cuba untul mencuci kaki dan luka2 nya menggunakan air suam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami faham akan kebimbangan anda tentang masalah kegatalan pada kulit yang suami anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, masalah kulit gatal lazim berlaku kepada pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis. Masalah kulit gatal boleh berlaku atas pelbagai faktor, antaranya ialah:
- Masalah keradangan
- Kulit yang kering
- Alahan/alergi
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa beberapa perkara yang lebih serius seperti:
- Masalah saraf
- Kesan kronik masalah ginjal
Oleh itu, pihak anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang suami anda alami.
Berkenaan dengan luka tersebut, anda boleh mencucinya menggunakan air biasa/suam dan digalakkan untuk sentiasa membersihkannya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.