
jimie_900
5 tahun
Pedih atau nyeri di dada kiri
Saya lelaki berumur 37 tahun. Saya selalu mengalami pedih atau nyeri di dada sebelah kiri. Keadaan ini berlaku sekejap-sekejap tapi berterusan. Boleh saya tau apa masalah kesihatan yang saya alami? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca sakit yang anda alami.
Sakit pada bahagian dada kiri dan jantung berdegup laju boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah.
- Sakit jantung
- Masalah sekitar otot, saraf atau tulang dada yang menyebabkan kesakitan dan kesukaran ketika bernafas
- Masalah paru-paru seperti jangkitan atau salur darah tersumbat dengan darah beku
- Masalah perut seperti ulser, gastrik atau asid reflux
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.