
Sulit
3 tahun
Pedih bahagian perut
sya lelaki 30an.tiap hari sakit perut dan belakang badan pd waktu pagi dn lewat mlm shingga xsenang tido.dr sebulan yg lalu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit perut, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Penyakit ulser peptik (peptic ulcer)
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease seperti ulcerative colitis atau penyakit Crohn
- Kanser
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Perubahan terhadap kekerapan membuang najis
- Cirit-birit atau sembelit
- Loya dan muntah
- Lemah dan lesu badan
- Tiada selera makan
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Najis bercampur dengan darah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.