
izaharis
5 tahun
Pedih dan gatal di vagina
saya wanita 20an dan baru2 ni ada consume sejenis product yg insert divagina kononnya dapat mengetatkan vagina selepas digunakan untuk membuang keputihan . Tetapi selepas 1 jam penggunaan ,saya mengalami rasa gatal dan pedih yang sangat sakit dan susah nak berjalan dan pedih ketika membuang air kecil. Dinding vagina juga rasa seperti kasar dan kering sehingga ada bintik2 putih didinding tepi vagina.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah :
- Kesan tindak balas dari ubat itu sendiri
- Jangkitan kuman di saluran kencing
- Jangkitan kelamin
Namun untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi dan rawatan yang tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.