Sulit
4 tahun
Pedih dan sakit ketika bersama suami dan selepas bersama
Sy wanita y berumur 27tahun dan mempunyai 2 org anak…ank y latest umur 4bulan…bila sy bersama suami (sexs) sy berasa pedih ketika untuk sy lakukan kemut bagi dapatkn klimaxs sy…slps bersama pun,sy rasa pedih ketika kencing. Sy ade gunakan pelincir durex untuk atasi masalah kekeringan faraj…tapi masih pedih ketika dan selepas bersama.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- faraj terlalu kering
- polip di serviks
- penyakit kulit seperti ulser, iritasi
- jangkitan kulat di faraj
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.