
nur_ieka137
5 tahun
Pedih dibahagian atas perut
saya wanita 28thn,
saya mengalami pedih perut dan kadang2 bila tekan perut akan keluar bunyi mcm acid dan sudah pergi ke hospital…and Dr bagi 2 jenis ubat mmt and pantoprazole untuk seminggu dan perut saya tidak pedih lagi sepanjang seminggu itu. namun selepas habis makan ubat yg diberi, perut saya mula merasa pedih balik tapi tak sepedih sebelum ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Namun begitu, sekiranya sakit yang anda alami sangat menganggu aktiviti harian anda, disarankan untuk anda merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.