
Sulit
4 tahun
Pedih ketika bersama
Saya umur 23 tahun. Isteri dan ibu kepada seorang anak. Jarang bersama suami (sex) kerana nya bekerja jauh. Bila kami melakukan hubungan bersama pasti 2 2 akan merasa pedih. Kenapa yaa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Kurang bersedia dan tidak relaks sebelum penetrasi
- Cervicitis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan solusi dapat diberikan kepada anda dan suami.
Selain daripada itu, anda juga boleh melakukan perkara ini:
- Menggunakan pelincir
- Pastikan anda benar-benar bersedia sebelum melakukan penetrasi
- Tenangkan dan kosongkan minda anda dan fokus kepada aktiviti tersebut sahaja
- Menggunakan alat bantuan sekiranya perlu
- Pastikan anda, suami dan suasana bilik selesa
Masih terasa sakit ketika bersama dengan suami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.