
Halim
6 tahun
Pedih tekak, rasa makanan tersekat di kerongkong
Hi doc…
saya sekarang tengah demam+selsema.
kenapa bila makan saya rasa makanan tersekat dikerongkong, bila masuk dalam rasa pedih dalam & belakang dibahagian tulang kipas. saya batuk pon rasa bende yang sama…rasa macam ada benda je dibahagian kerongkong ke bawah tu. kenapa ya doc?

6 tahun
Terima kasih atas persoalan anda kepada pihak kami.
Terdapat beberapa kondisi yang akan menyebabkan badan kita menjadi panas. Demam terjadi apabila badan kita bertindak balas dengan ssuatu oerkara yang asing di dalam badan. Ia akan menyebabkan suhu badan meningkat dari suhu normal iaitu sekitar 36 hingga 37 darjah selsius. Seperti yang telah anda katakan, anda mengalami demam, sakit tekak, ketidakselesaan dada, slelsema dan kesukaran untuk menelan makanan.
Demam anda boleh disebabkan oleh sakit tekak. Saya akan menyimpulkan bahawa anda sedang mengalami tonsilitis. Tosnil adalah 2 tisu yang berada di belakang kerongkong. Apabila tonsil menjadi inflam akibat jangkitan, keadaan ini disebut sebagai tonsillitis. Keadaan ini akan berjangkit sehingga anda mungkin boleh menjgangkiti seseiapa yang berada di sekeliling anda. Ia biasanya disebabkan oleh pelbagai virus dan bakteria seperti bakteria Streptococcal, yang menyebabkan sakit tekak strep.
Gejala tonsillitis termasuk kerongkong yang merah dan bengkak, kesukaran untuk menelan atau menelan yang menyakitkan, suara yang serak, gatal-gatal, nafas berbau, demam, menggigil, sakit kepala, sakit kepala, leher kaku, rahang dan leher kelembutan akibat bengkak kelenjar dan terdapat bintik putih atau kuning pada tonsil.
Jika jangkitan itu disebabkan oleh bakteria, maka anda akan diberi antibiotik untuk melawan jangkitan.Demam anda boleh dilegakan dengan mengambil paracematol 500mg. Selain ubat-ubatan, jangan lupa minum banyak air, berehat dengan kadar yang mencukupi, gunakan lozenges seperti strepsills untuk melegakan kerongkong, gunakan humidifier untuk melembapkan udara di rumah anda dan elakkan merokok. Sekiranya keadaan anda bertambah teruk, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga berjaya.

6 tahun
Terima kasih kerana sudi menghubungi kami.
Apabila dijangkiti URTI, seseorang biasanya akan mengalami simptom seperti demam, selesema, sakit tekak dan batuk. Sesetengah pesakit, terutamanya pesakit epiglottitis dan laryngotracheobronchitis, mangalami sensasi benda tersangkut di kerongkang. Kesemua simptom ini berpunca daripada keradangan yang berlaku ketika terdapat jangkitan di salur nafas. Keradangan berlaku ketika sistem imun kita cuba menyerang kuman-kuman yang terlibat supaya kita tidak jatuh sakit. Oleh itu, keradangan boleh dianggap sebagai reaksi normal terhadap jangkitan.
URTI ialah salah satu diagnosis yang biasa dicapai oleh para doktor. Oleh sebab majoriti URTI disebabkan oleh virus, para doktor biasanya tidak akan membuat ujian yang lebih lanjut sebelum memberi rawatan. Malahan, rawatan yang diberi biasanya hanyalah rawatan simptomatik kerana antibiotik tidak berkesan terhadap virus. Pesakit secara umumnya hanya memerlukan ubat demam (contohnya Paracetamol), ubat selesema (contohnya chlopheniramine dan loratadine), serta minum air dan rehat dengan secukupnya. Jika doktor beranggapan bahawa kebarangkalian jangkitan bakteria agak tinggi, mereka mungkin akan mengambil sampel dari tekak untuk ujian yang lebih lanjut. Jangkitan bakteria memerlukan ubat antobiotik.
Sila rujuk pada doktor anda supaya pemeriksaan atau ujian yang lebih teliti boleh dilaksanakan. Sekian, harap membantu.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda. Menurut penerangan anda, anda mungkin menghidap jangkitan saluran pernafasan yang turut melibatkan kerongkong anda. Anda mengalami rasa tersekat di kerongkong dan rasa pedih kerana keradangan kerongkong anda yang boleh disebabkan oleh jangkitan yang sama dengan selsema anda.
Kebanyakkan jangkitan sebegini adalah berpunca daripada virus. Kebanyakkan sakit tekak adalah tidak serius dan boleh bertambah baik dalam masa seminggu. Jadi anda perlu memastikan selsema anda dirawati dan sakit tekak ini juga akan berpulih. Sakit tekak boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Selain daripada selsema, sakit tekak juga merupakan simptom bagi beberapa kondisi lain seperti tonsillitis, laryngitis, strep throat, demam glandular, alahan dan GERD (gastroesophageal reflux disease).
Anda boleh menggunakan beberapa langkah-langkah untuk mengurangkan sakit tekak dan demam anda. Anda boleh mengambil paracetamol ataupun NSAIDs untuk mengurangkan demam dan kesakitan anda. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Makan makanan yang sejuk dan senang ditelan. Elakkan merokok dan berada di tempat yang berasap rokok. Anda juga boleh berkumur dengan air masin yang suam. Untuk mengurangkan sakit tekak, anda juga boleh menghisap lozenges ataupun ketulan ais. Harap saya menjawab soalan anda.