
erulmusamusa
5 tahun
Pedih ulu hati bila baring
Assalammualaikum saya remaja berumur 23 tahun … Sye sudah 4 tahun mual penat lelah bila buat kerja sedikit lelah … Turun tangga pon sudah lelah … Saya jumpe doktor dotor hanya berkata saya hanya ada tekanan darah tinggi … Tetapi sejak sminggu ni apa bila saya berbaring saya terasa pedih ulu hati … Bila berdiri duduk ok saja … Itu di sebabkan apa ye doktor ?? Sye pernah ada gestrik dahulu tapi skrg hilang … Ni pentanda sakit apa ya doktor ?? Dua thun lps sdh check jantung urine dn darah … Doktor suruh ke hospital sbb urine kotor … Bila sampai ke hospital doktor pakar kata urine kotor di sebabkan makan ubat … Itu dua thun lps … Tetapi sye risau kebelakangan ni pedih ulu hati … Doktor tolong jawab pertanyaan saya … Bila saya baring mesti pedih ulu hati kenapa ya ? Adakah gerd ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Serangan jantung / sakit jantung
- Angina - terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak
- Pedih ulu hati - Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esophagus
- Jangkitan paru paru
Dan sebagainya
Batuk yang berpanjangan turut boleh menjadi punca sakit dada yang anda hadapi. Namun begitu kemungkinan punca lain tidak boleh dipandang ringan. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.