
faridpermata075
5 tahun
Pedih ulu hati tapi tak sakit perut
Pedih hulu hati kadang2 ada kadang2 xde biasa pagi kene ataupn waktu malam apa kah rawatan atau ubat yang boleh saya ikut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pedih ulu hati ini boleh disebabkan:
- Asid refluks (GERD)
- Penyakit Ulser Perut
- Keradangan hempedu
- Gejala awal kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.